Tampang

Hikmah Rumah Didatangi Tamu

30 Jun 2017 09:16 wib. 8.208
0 0
ada tamu

HIKMAH RUMAH DIDATANGI TAMU

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawaban daripada Rasulullah s.a.w..

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahwa pada hari ini kita ada tamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

*"Siapakah tamu itu?"*

Maka dijawab olehnya bahwa tamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w..

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:

"Demikianlah yang berlaku setiap kali tamu menziarahi rumah seseorang."

Apabila tamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.

Rumah yang sentiasa diziarahi tamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

ALHAMDULILLAH, TAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT..

<12>

0 Komentar

Belum ada komentar di artikel ini, jadilah yang pertama untuk memberikan komentar.

BERITA TERKAIT

BACA BERITA LAINNYA

POLLING

Apakah Indonesia Menuju Indonesia Emas atau Cemas? Dengan program pendidikan rakyat seperti sekarang.