Tampang

Alhamdulillah, Setelah Menanti Selama 11 Tahun Akhirnya Siti Nurhaliza hamil Anak Pertama

15 Okt 2017 15:28 wib. 2.857
0 0
Alhamdulillah, Setelah Menanti Selama 11 Tahun Akhirnya Siti Nurhaliza hamil Anak Pertama

"Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHWA SAYA SEDANG HAMIL 4 BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA.
2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA.
3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI."

0 Komentar

Belum ada komentar di artikel ini, jadilah yang pertama untuk memberikan komentar.

BERITA TERKAIT

BACA BERITA LAINNYA

POLLING

Dampak PPN 12% ke Rakyat, Positif atau Negatif?