2. Tujuan saya membuat pengumuman dan penjelasan ini juga adalah supaya pihak yang berurusan dengan pengurusan saya, snp memahami keadaan saya yang tidak dapat memenuhi sebarang undangan sejak beberapa bulan lalu dan juga untuk suatu tempoh pada masa depan. Suka untuk saya kongsi rasa syukur dan gembira kerana saya masih diberi menerima undangan untuk mengadakan konsert, persembahan, kemunculan di televisyen dan radio serta menjadi jurucakap kepada pelbagai produk. Sayang sekali, kebanyakannya tidak dapat saya penuhi. Bagaimanapun, saya juga harus melunaskan beberapa tugasan juga selepas ini yang bersesuaian dengan keadaan saya.
3. Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini, telah terjawab kerana saya memutuskan untuk berehat disebabkan oleh kehamilan sulung ini.
Mengetahui kabar gembira itu, netizen pun membanjiri kolom komentar Siti Nurhaliza. Ucapan selamat langsung ditujukan kepada Siti.